|
Friday, January 28, 2011
bila tiba saat itu
Semua yang aku lalui tika ini adalah ketentuannya aku redha sebenarnya dan patut rasa bersyukur kerana masih lagi mampu untuk menatap wajah2 kesayangan di hadapan aku..... Dan kadangkala bila diri ini keseorangan, butiran airmata jatuh menitis di pipi bila aku tahu yang sebenarnya ramai yang menyayangi diri ini dan mengambil berat tentang diri ini... Terima Kasih buat semua di atas kesudian mendoakan kesejahteraan aku di samping solat hajat buat aku... Hanya yang ESA mampu memberi ganjaran buat semua. Saat aku tahu tentang ketidaksempurnaan diri ini seperti dulu, aku menjadi begitu pilu sekali..tidak mampu menitiskan airmata di depan ke dua orang tua mahu pun adik beradik sendiri..kerana bimbang akan kebimbangan mereka terhadap diri aku. Aku menangis bila keseorangan, dan memohon agar aku diberi kesempatan untuk bertakwa kepada mu Ya Allah. Sebagai manusia biasa, aku mengaku terlalu banyak dosa2 yang telah aku lakukan antara sedar dan tidak...Mohon kepada mu Ya Allah, berilah kudrat kepada ku untuk beramal kepada mu Ya Allah...... Buat teman yang mengenali diri ini, aku memohon kemaafan, andai kata terasa hati ngan tingkah laku aku dan terima kasih atas kesabaran menjaga aku sepanjang aku terlantar di hospital tempoh hari..... Doakan kesejahteraan aku di dunia mahupun di akhirat......
Tag/Label :
antara dugaan atau pembalasan
Dipostkan @ 11:29 AM
| 2
Komen
|
Report Abuse
|
|
Friday, March 12, 2010
Doa Ku Untuk Mu....
|
|
Friday, October 30, 2009
Saat ku Terasa....
Mmg aku seorang yang tidak kisah... Tapi tetiba aku macam KISAH sangat.... Mengapakah....Mmg aku seorang yang tidak suka nak amek tahu....Tapi kekadang menyibuk gak nak TAHU...Mengapakah?? Biarlah ku simpan, sampai akhir waktu... hingga kau tak ku lihat lagi... kerna tak kan pernah abis airmata ku bila ku ingat tentang diri ku...Namun ianya tetap abadi dalam diri ini....kerna hanya dia yang tahu, mengapa sampai saat ini aku masih sendiri....
Tag/Label :
jiwa kacau
Dipostkan @ 11:24 AM
| 4
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, October 22, 2009
Berkongsi Rasa...

Dengan Rendah Diri, Aku Ujarkan Ini, Semoga Diterima Bukan Dengan Fahaman Yang Serong, Aku Sedang Berusaha Apa Saja Untuk Memohon Kemaafan... Benci Tapi Sayang, Marah-Marah Tapi Peduli........ Tuhan Saja Yang Tahu Cerita Kita Sampai Habis.....
Tag/Label :
apa-apa saja lah...
Dipostkan @ 04:03 PM
| 2
Komen
|
Report Abuse
|
|
Tuesday, August 18, 2009
Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir....
|
|
Thursday, July 16, 2009
Bagaimanakah itu wahai Kepala
Dari Jumaat lepas sampai ke hari nie Khamis @ 16 July, kepala aku masih sakit lagi. Kejap elok kejap sakit, kejap sembuh kejap sakit, kejap berdenyut kejap tenang...Memain ek ko kepala ngan aku.. Last Friday, dah gi clinic, mencicit dan berdesup drive ke clinic lepas abis kerja dan doktor itew menginject aku ngan satu jap, lega gak la kejap . Ku harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, sampai ke hari ini kepala aku masih berdenyut-denyut.  . Lunch time tadi aku drive gi the MALL, ha amek ko RM45 lenyap...cuci ngan massage sekali, kalau ikut kan hati mmg la aku nk stay kat salon tu selama 1 jam tapi memandangkan aku nie berkerja so kaedahnya 10 minit jer la picitan yg terhinggap kat kepala aku Ubat migraine yg bernama cafergot, aku dh telah 3 biji pagi tadi nan ado pulihnya. Pagi tadi pun aku dh turun ke clinic kat ofis nie dan doctor tu kata mungkin cuaca kot...haze @ jerebut kat luar sana tu membuatkan seseorang itu alah ngan cuaca2 cam gini Boleh terima akal gak la ?? Mungkin kot kurang oksigen katanya...TOLONGlah wahai kepala, jangan nyusahkan ai boleh tak?? ai merayu kat u wahai kepala ku...disbbkan kepala ai sakit, ai jadik moody tau, caner ai nak keje kalau ai moody, nanti my ofismate nyampah ngan i la muka ai macam ketat jer bila datang keje...not gud kan My boss lak very the bz lady sekarang nie, involved ngan project baru untuk ofis aku...so aku pun kena sesama naik ngan dia gak...dia sibuk aku pun kena sibuk gak kalau aku tak sibuk pun aku akan dan kena pura-pura sibuk... Mungkin pasal nie pun kepala aku sakit kot...STRESS dan TEKANAN gitew la kaedahnya....
Tag/Label :
berjanji sehidup semati
Dipostkan @ 05:11 PM
| 3
Komen
|
Report Abuse
|
|
Monday, March 16, 2009
aku, dia, kamu dan mereka
Baru sekarang terlintas difikiran aku utk berkongsi cerita cerita ini. Ini adalah satu kisah benar ttg kwn aku yang aku namakan "Y". "Y" adalah seorg perempuan mcm aku gak, tak cantik mana pun dan aku rasa manis tu adalah kat dia **** bintang kat ko "Y" dari aku. "Y" nie bekerja tetap dan tak la susah mana pun, sederhana je la, keje opis gitew..hujung bulan dapat gaji abis duit untuk maintenance diri sendiri jer and she's divorcee with no kids since 1999. Apa yg penting skrang nie ialah dia teleh menjerumuskan diri dia dgn suami orang, aku repeat suami orang hoccay, suami org yg aku bagi huruf ermmmm "K". Si "K" nie ada sorang isteri aku bagi huruf "L", suami ngko "K" and ngko aku bagi "L". mereka mempunyai 5 org anak "so productive" bagussss. Anak2 mereka dlm lingkungan "4-16 thn" sudah besar hocccayy. Mcm biasalah di awal perkenalan "Y" ngan "K" mmg "K" tak pernah cite yg dia dh khawin, sungguh HANCING hoccay, tetiba dlm usia 6 bln berkwn, si "L" isterinya sudah dapat menghidu bau HANCING itu. Si "L" dapat menghubungi si "Y", bagus aku suka cite mcm nie...tak yah nak larik ke mana2 ye sang suami, rahsia sudah burst...apa lagas kwn aku nie pun dgn pintas terus berjumpa ngan si "K" pasal nak kan kepastian, dan bercerita la si "K" nie pasal pekung busuk yg dibawa oleh isterinya dan pekung busuk itu la yg membuatkan si "K" nie berkawan ngan si "Y". Terkedu gak la si "Y" nie mendengar cite A-Z kisah isterinya. Kesimpulan yg aku boleh cite adalah isteri si "K" nie adalah seorg yg penipu bagai...pinjam sana, tipu sini utk kesenangan diri sendiri, dan mcm cite melayu gak la si "Y" terus berkawan ngan si "K" atas sifat kasih sayang dia kat si "K". Si isteri iaitu si "L" pernah keluar dari rumah dan duduk berasingan dari sang suami dlm bulan 5 tahun 2008, angkut semua anak2 kekonon nak duduk sendiri lah pasal mmg dah teramat benci ngan si suami dan apa yg aku dpt tahu cite dari si "Y" si isteri nie mmg dah benci bebenor ngan si suami sebelum si suami kenal ngan si "Y" lagi dan si isteri nie pernah lah jugak mintak dilepaskan erti kata lain ceraikan dia lew.. tapi si suami nie tak nak..."Y" dan aku pun pelik dan tak tahu kenapa suami ni sayang sangat kat isteri sampai isteri mintak lepas pun dia tak nak bagi.....musykil gak aku, end-up aku dan "Y" sepakat mengatakan mungkin pasal anak-anak kot...mungkin ya..mungkin tidak..."K" aje yg ada jawapan...hey "K" tapi ko still nak kawan ngan kawan aku si "Y" tu kannnn. atau ngko "Y" yang terhegeh-hegeh kat si "K" tu...(tetiba aku lak yg emosi lebey...). Ringkasan cite, baru2 nie si "L" telah menipu duit syarikat tempt dia bekerja sebanyak RM12k, tak silap aku si "Y" cite kat aku, ini bukan penipuan yang pertama kerana si isteri nie pernah buat keje yg sama kat ofis yang lama-lama...pelik gak aku, bila dah buat salah boleh lepas mcm tu jer...magic ke hapa pompuan tu.... dan kes yang terbaru nie telah menjadik police case, HAAA...apa lagas mengelabah si isteri, meminta pertolongan dari si suami. Si suami pun bercerita ngan si "Y", perempuan yg punya hati dan perasaan sedia utk membantu, si "Y" berusaha utk carikan rumah demi anak2 dia, takut2 ah long dtg tetak tangan anak2, takut2 ahl ong dtg kidnap anak2, takut ah long buat yg bukan2 kat anak2...katanya si "K" buat semua demi anak-anak, tapi isteri pun kena angkut pindah sekali lah kan...dan baru2 nie alhamdulilah dapat rumah, isteri dan anak2 pun pindah bersama-sama duduk kat umah yang dibantu pembayaran oleh kawan aku tu, si "Y" lerr (mmg ko bantu ek "Y" knowing u la tak yah sembunyi tau). Boleh ke mcm tu.... dan aku tahu sebenarnya kwn aku si "Y" tu mkn hati pasal mende2 nie mmg aku tahu si "Y" tak boleh terima tapi dia harus telan gak...buruk2 perangai pun bini gak kan...busuk2 pun bini gak kan..so sendiri mau ingat lah ye...pasal si suami pun duduk satu rumah ngan isterinya itewww... Aku dah tak tahu nasihat apa yg patut aku lontarkan pada si "Y" dan aku tahu si "Y" sayang kat si "K" tu, mungkin ngan janji2 yg "K" tu lemparkan dulu..."ayat2 standard lelaki la kannn" dan baru2 nie si "Y" jumpa aku, begitu tenang sekali dia minta pendapat aku cemana nie...patut tak dia teruskan jugak...kisah kasih sayang dia yg tak tahu penghujungnya kat mana??? "Y" b/tahu aku yg si suami berharap sgt pihak berkuasa dapat mengambil tindakan utk menangkap isterinya, masuk lokap tapi nan-ado tindakannya. korang rasa lah kan, ikhlas ke si "K" tu berkawan ngan kawan aku tu..mmg pun isteri si "K" tahu perhubungan antara suaminya dan kawan aku tu. No REJECTION dari si isteri...dan si isteri siap bagi greenlight suruh proceed and nikah terus ngan suaminya tu...ha...GEMPARRRR tak... Cemana aku nak bantu kawan aku tu....Tolonggggg lah......tapi aku still respect kat kawan aku si "Y" tu...dgn kata2 dia "aku tidak kecewa kerana kegagalan tapi aku akan kecewa jika tiada kesungguhan...." mmg sedih tau...aku harap2 ko bahagia ngan pilihan ko ye.......insyaallah yang esa maha mengetahui....untuk engkau pulak si "K" renung-renungkanlah dan buatlah yang terbaik untuk kebahagiaan sendiri dan jangan mudah menabur janji kalau susah nak ditepati......doa yang terbaik untuk kamu berdua...amin......
Tag/Label :
kisah dia
Dipostkan @ 02:31 PM
| 0
Komen
|
Report Abuse
|
|
Monday, March 16, 2009
Satu kenangan
aku nak ucap tahniah to all the Liverpool fans...tahniah atas kemenangan 4-1 itew, mmg satu perlawanan yang ditunggu2 oleh semua kaki2 bola, minum bola, makan bola, tdo bola, main bola semua bola..pada yg suka bola lew...aku pun suka gak sebenarnya...sbb dlm umah yg aku duduk sekarang nie, tuan tanahnya adalah seseorang yang "diehard" fans of Liverpool a.k.a. my bro-in-law lew.....sikit2 jer..."u never walk alone" sikit2 jer "u never walk alone" mmg dia dari zaman universiti dulu sampai zaman sekarang dia ngan Liverpool jer, dan mmg patutla dia bervangga dengan kemenangan itew..and aku pun tumpang GUMBira gak ye....juz a congratulations msg kat dia...pasal aku tak de kat umah last weekend... Aku tgk gak game tu..tapi kat tempat lain...bestt.. 

dalam keseronokan menonton perlawanan itew...perlu ke yang sorang nie boleh tersalah menyauk sesuatu di kaki....memula aku tak perasan tapi setelah aku amati...ku lihat sesuatu yg tak kena pada kakinya...Cemana boleh jadik cenghini....di lain hari ku harap dia akan lebih berhati-hati......memacam la awak nie..... syyyy sapa la gamaknya dia tu ek...memula nak amek gambar muka tapi aku takut dia terperasan lak....lalu ku amek gambar kakinya aje....dan sib baik dia tak notice yg aku snapppyy kakinya....hehehehe cemana leh jadik lagu tu weyyyy.... 

  
psstttt...main kat Old Trafford kan 
Tag/Label :
aku dia dan bola
Dipostkan @ 11:27 AM
| 3
Komen
|
Report Abuse
|
|
Tuesday, March 10, 2009
andai ku tahu...
Aku terbaca di sana dan aku titipkan di sini.... Jangan bisa mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup untuk melakukannya. Jangan pernah mengatakan kamu tidak menyintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Kerana itu semua adalah kenangan yang tidak mungkin kamu hapuskan daripada ingatan dalam sekelip mata...
Tag/Label :
abbiesafia
Dipostkan @ 11:20 AM
| 7
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, February 12, 2009
dan lagi
Ini pulak entry pasal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) yang telah aku tontoni di Istana Budaya, mmg bestttt. Crowd mmg kebaaboo... ***** untuk Datin Tiara dan lain2 yg menjayakan PGL nie...mcm biasa layan jer la gambar nie... 
 

Dengar2 cite M.Nasir nak beronggeng kat Istana Budaya hujung bulan nie. dan insyaallah i akan menyusul pada 1/3/09 sabar jer la....meronta2 tak sabar nak pegi lew....
Tag/Label :
free
Dipostkan @ 05:13 PM
| 0
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, February 12, 2009
jenjalan
|
|
Thursday, February 5, 2009
Ceritera
Hujung minggu nie, insyaalah aku akan ke Istana Budaya nyibuk2 nak tengok teater PGL yang hiruk pikuk diperkatakan lately nie....... me kasih bebanyak kat Tan Sri, sempena 50 tahun ulang tahun tempat aku bekerja "Happy b'day to BNM..Happy b'day to BNM...Happy b'day to BNM...Happy B'day to....B N M...." dan kitaorg semua dapat tiket percuma ke tayangan PGL. 
kaedahnya FREE ticket kan, so rembat jer la...dengar2 cite harga tiket yang diberi pun melebihi RM100 hengget... nie tiket aku..dan lagi satu tu aku pow kawan aku untuk nak bawak teman aku sekalikkk 
 Sekian.....
Tag/Label :
biar saja..
Dipostkan @ 01:23 PM
| 1
Komen
|
Report Abuse
|
|
Friday, January 30, 2009
Somebody watching u
Lepas balik bercuti dari melaka hari tu...ada lagi sehari cuti yang tinggal iaitu hari Selasa. Aku menghabiskan masa di tempat biasa di dfg dan tetiba ada orang tinggalkan nota kat kete aku"ANDA SEDANG DIPERHATIKAN" MAUT !!!!.....apa kah....???  
bila terpacul aje perkataan "MAUT" tu...tetiba aku teringat cite "MAUT" yang aku tonton last week, seriau gak rasa badan...ishkkkk...ada keinsafan kat diri sendiri...tapi bukan pasal cite nie aku nak pertikaikan.... 
tapi pasal SAPA la yang rajin norr letak nota tu kat kete aku, sampai hari nie menjadi tanya tanya??? orang tu tersalah kete ke...??? kalau betul pun arah tujuan tu kat kete aku, aku pasti dan aku yakin bukan korang-korang di sini yang tinggalkan nota itu. Ini mesti korang-korang yang kat luar sana yang buat kan...??? korang nak gurau ke, nak gaduh ke, nak nakut kan aku ke???? Motiffffff ??? kalaulah aku tahu siapa....!!!! Aku anggap jer mende nie gurauan korang ek....ergghhhhh....
Tag/Label :
nota
Dipostkan @ 10:21 AM
| 7
Komen
|
Report Abuse
|
|
Wednesday, January 28, 2009
Jalan-Jalan
Melaka adalah destinasi pertama percutian aku bersama keluarga untuk tahun 2009 . Sabtu jam 11.00am, zasssss aku gi jemput my SIL and her 2 kids, menumpangi aku ngan maid-nya sekali. Jalan ya ampunnnnn sesak di Sg. Besi Tol. 
ding,dong,ding,dong..reached casa lago jam 3.30pm. Casa Lago adalah tempat penginapan kami semua...ala2 service apartments gitew..3 rooms plus 2 kamar kecil..sangat sesuai untuk percutian keluarga. tapi yg membuatkan aku mcm sentap sikit adalah pasal apartment nie menggunakan access pass untuk nak masuk dan keluar, cuma satu card saje dibekalkan....nak naik lift dari ground floor ke atas kena guna card ye anak2...kalau tak de card..HA.... korang kena call sapa yg tinggal kat atas tu, suruh tolong tekan kan lift turun ke bawah......ermmm malas nak cite panjang aku paste gambar jer la...    Penginapan aku betul2 membelakangkan Laut Melaka...Angin sepoi2..bagus!!!  Meriah sungguh kota melaka..tapi kemalasan aku menjadik2 untuk nak snap gambar bebanyak...jadik mana yg termampu jer la aku aku "detach"kan..   
sebelum gi eye on malaysia nie, aku singgah makan kat QuayLands restaurant (entah betul ke nama tu...belasah jer la..) kat banda hilir, pastu gi boat ride kat sg. melaka tu..nan ado gambar pasal malas nak snap...malamnya ada makan besar untuk kaum cina..so ada la bunga api kat Jonker Street tu... yang nie aku snap photo...ni ha aku dah pastekan...   
Hari Isnin lain pulak kejadiannya, niat di hati anak2 menakan aku kekonon nak gi Zoo Melaka, tapi tak kesampaian hajat mereka semua, pasal jalan jam teruk kat Zoo so semua telah mengambil kata sepakat untuk terus Zooommmmm balik KL. Si Adam dah meredapppp hehehehe "kelaka la ko dam..." gitew la kaedahnya... 
aku detach jer gegambar yg ada ngan aku nie ha....   
   
Reached KL jam 1.30ptg..so lepak kat Bistro Bandar Tasik Permaisuri japp..  
Tag/Label :
parents and siblings
Dipostkan @ 11:04 AM
| 2
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, January 22, 2009
Sesuatu yang berlaku
Dan tetiba aku jadik marah kat dia pulak pagi nie.. Macam meluat pun ada gak...tak yah lah beria2 norr nak menunjuk kat aku yg ngko tu penting sangat kat sana tu....dengan jawatan yg ngko sandang sekarang ni dan bila aku risik2 rerupanya jawatan yg ngko sandang tu adalah perlantikan diri sendiri...ermmmm tapi aku tak nak amek kisah sangat pasal jawatan ngko tu.....kerana aku tahu ngko nak ORANG TU berbangga ngan usaha ngko kannn dan aku tahu impian ngko memang tinggi dan seboleh2nya ngko nak tunjukkan pada semua orang yang ngko mampu mengecapinya....(bagus) tapi ada aku kisah ke ???? Buat lah apa yang ngko rasa ngko patut buat demi kebahagiaan diri sendiri juga kesenangan insan2 yang ngko sayangi yang ada di depan mata ngko tu. Mmg pun banyak cite2 yang aku dengar tentang ngko dan memang aku dah fobia nak masuk campur hal-hal ngko, tapi bila keadaan memaksa i will have to interfere.. .. ermmm entahlah... Tapi serious dow...mmg aku bengang ngan ngko hari nie....macam bagus2 jer ngko kannn...dengan pitching suara ngko yang ala2 nak cepat pasal nak kena settle sebelum ngko berambus ke sana kannnn..... Apa2 pun safe journey untuk ngko.... dan semoga semua impian ngko menjadi kenyataan seperti mana yg ngko harapkan ye.... ~ nyeh ~ Nampaknya...sesuatu perlu dilakukan...lalu aku mengambil keputusan untuk....
Tag/Label :
kisah
Dipostkan @ 03:16 PM
| 6
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, January 22, 2009
Why Ladies Today are still single
1. The nice men are ugly.
2. The handsome men are not nice.
3. The handsome and nice men are gay.
4. The handsome, nice and heterosexual men are married.
5. The men who are not so handsome, but are nice men, have No money.
6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.
7. The handsome men without money are after our money.
8. The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough.
9. The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money, are cowards.
10. The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!
11. The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative…(100% agreed…)
NOW, WHO THE HELL UNDERSTANDS MEN?
Tag/Label :
sighing
Dipostkan @ 09:48 AM
| 5
Komen
|
Report Abuse
|
|
Monday, December 15, 2008
kebetulan...
Dia ingin bagitahu apa yang dia rasa.... Dia tidak mampu untuk buat apa lagi, selepas kejadian itu, dia merasakan adakah ini penghujung segalanya. Sesuatu yg telah dia lakukan disangka~kan betul di fikiran dia, rupanya salah di pandangan mata insan lain. Tiada peluangkah buat dia untuk menebus kembali kesilapan atas kedegilan dia, masih ada ruangkah buat dia untuk memperjelaskan perkara yg telah terjadi??? Bukan mudah untuk dia menjalani kehidupan hari2, selepas dia merasakan diri dia dipinggiri. Adakah dia memerlukan ruang untuk memperbaiki kelemahan diri??? Mana mungkin dia mampu untuk memuaskan hati setiap insan di sekeliling dia. Kadangkala, terfikir oleh dia, Kenapa, Mengapa..dan Sampai bila...?? Memang benar, banyak peristiwa duka yg telah dia tempuhi ~ dan bukan senang untuk dia tempuhinya lagi dan lagi dan lagi...Sebelum ini pun dia selalu berpesan pada diri nya sendiri supaya jauhilah bende2 yg menghiris hati. Dia ingin kehidupan yang bahagia, aman gembira di sampaing teman2 dan juga keluarga tercinta. Dia sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, sekurang2nya dia pernah berbahagia seketika dan dia perlu ke depan bukannya toleh ke belakang mengenang kisah silam atas kesilapan juga kedegilan dia ~ selagi ada peluang, dia akan cuba mengubah diri, Namun kekdg dia terfikir bukan senang untuk ada keyakinan diri. Mau saja...dia melepaskan diri dan terus berlari..... Mungkin dia ada membuat sesuatu yg tak disenangi, mungkin perlakuan dia yang membuat dia dijauhi...dia hormati keputusan itu.... ![[ATT00055.JPG]](http://3.bp.blogspot.com/_1U45gckNq3s/SSJxk2Q_QEI/AAAAAAAAH68/Xq26JuDzrlk/s1600/ATT00055.JPG)
Tag/Label :
mungkinkah
Dipostkan @ 03:41 PM
| 2
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, December 11, 2008
Lain Kali gi Pinjam kat AhLong
Cam biasa aku nk nulis lagi, kali nie nak cite pasal org yg berhutang. t/hari tadi, SI mintak tolong aku call pompuan nie pasal hubby dia pinjam duit ngan SI. Aku pun memula mcm gelabah gak nk calling2 si pompuan tu, entah kan kenal entah kan tidak..tetiba nk menalipon. Pastu si SI suruh aku nyamar jadik ehem..ehem dia pulak...(fikir sendiri la apa ehem..ehem tu tak kan semua aku nk kena b/tahu ek) nanti tiada rahsia antara kita kan... Dengan semangat waja untuk membantu SI, aku pun "kring' "kring" si pompuan tersebut. Ha amek ko, baru aku cakap sikit pasal RM tu terus dia....greng...greng...greng...non stop kay..macam genderang mahu perang suara dia....perlu ke ko nak jerit2 kat aku, pompuan oi...aku nie punya la control pitching suara aku tau. Pastu dia greng..greng lagi "kita orang pompuan nie tak leh nk masuk campur hal2 lelaki bila berhutang.." motif ko cakap cam gitew, wpun laki ko yg pinjam duit si SI kan... pastu terus dia kata dah akak sibuk nie.... "Apakah" ????? Aku pun termenung and blur kejap, tetiba dia call aku balik and say sorry pasal maki aku, tahu tak pe. Aku yg tak bersalah nie menjadi mangsa jeritan ko ke, pompuan. Sib baik aku nie Cik Ketamm yg humble gitew, kalau aku Ifa Raziah ke Azwan Ali ke mmg front page cite ko nie ko tahu tak, and pompuan tu promised that dia akan pastikan husband dia settle kan hutang piutang itu by next week , Sampai aku b/tahu dia, alllooo pompuan bagi aku cakap pulak boleh tak..tapi suara aku very the lembut, and dia dengar gak la...i've told her dat SI need money urgently by this week. aku pun cite la masalah2 yg SI kena tanggung and pasal tu la dia mintak bayar hutang nya itewwww ... U understand me tak..... Lepas abis bercakap, aku text dia lagi, berbunyi begini SI AMAT..AMAT memerlukan duit, ur hubby borrowed RM.....from SI for the house rental untuk u and yr family jugak. Really hope dat u tolong dahulukan yr money while waiting 4 yr husband gaji. Same jer kan. Ai harap sesangattt. Pls. consider it. Salam ~Cik Ketam ~ Tapi nan-ado balasan dari pompuan itu..... .. ~dah tu aje~
Tag/Label :
diri dia
Dipostkan @ 05:20 PM
| 4
Komen
|
Report Abuse
|
|
Thursday, December 11, 2008
Kadangkala...
ada masa terluang nie, aku nk sembang-sembang pasal gurlfren aku kat ofis ni, al-kisahnya dia akan bernikah hujung minggu nie, tapi tak de rezeki aku nk attend wedding dia pasal aku dah submit nama untuk Treasure Hunt ofis kita this weekend kan, Nyentap muka ko ek . Perangai ko kann, tertiba jer anta kad kawin. (aterr hujan nk turun pun bagi tanda2 mendung ke petir ke guruh ke awak tau tak!!) So sori aku tak leh dtg ye dear . Awek nie boleh aku kategorikan sbgai pompuan yg ada rupa paras yg chantekk gak la and she still young compare ngan ai lah ye , sexy pun ye gak (pweeiiitttt) , manja2 dia pun boleh tercabut kepak sang kumbangs boleh ke guna kumbang, layannn je la kannn pastu she's a smoker too (always pow aku kannn) Sebelum2 nie pun aku tahu yg dia penah involved ngan spesis mcm aku gak dan aku pernah teman dia gi dating ngan spesis tu hehehehe ooo dunia ini penuh kepalsuan....dunia..o..dunia.. Bila aku dh bagi clue tentg awek nie, baru senang aku nk cite. Adalah keterjadian yg terjadi menyebabkan aku nk bukak cite pasal dia nie . 2 hari sebelum dia gi bercuti, dia ngan aku sembang panjanggggggg lebarrrrrr, luahan isi hati dia kat aku , katanya...Entahlah, aku takut bila dah dekat nak buat kenduri nie macam2 bermain kat kepala aku , itu statemnt pertama yg termuntah dari mulut dia. Betul ke aku nie nak kawin? stement seterusnya terkluar dari tekak dia. Boleh ke aku jadik isteri yg baik pd bakal suami aku nanti ? Berapa lama ek ngko rasa jodoh aku ngan dia.. .(giler ke apa ko, tanya aku soalan yg nie ~ yang nie aku nyampuk..seyius sey..aku kata dia giler bila dia tanya aku soalan tu) huh...akak yang sentap ye.. pastu dia tambah lagi mesti orang, orang, orang, orang, orang yg kat luar sana tu mengata aku kan...tetiba jer anta kad kawin? Tersenyum aku , dan aku btahu dia, dengar sini ye my dear frenz, Kita nie cuma ada 2 tangan untuk nak tutup dua telinga kita, kita tak cukup tangan untuk nk tutup 1000 mulut2 kat luar sana..ha jelas tak... . Aku x leh nk komen lebih2 bab2 nikah kawin nie (sapa la aku kan, pakar Motivasi bukan, Ustazah kat Pejabat JAWI pun lagi la bukan). Pasal ramai gak kawan2 aku tak kira lelaki atau perempuan yg berbahagia bila dah hidup bersama ngan pasangan memasing sampai ke hari ini (Besttttt nyeeee) ai tumpang bahagia ye u'olls. Tapikan, ada gak yg menderita, sengsara, merana, duka nestapa, bermuram durja, dendam di hati hingga ke hari nie bila dah hidup bersama...not gud kay . Ada yg dh 16 tahun nikah, tup-tup-tup Gempa Rumahtangga melanda belum berkecai lagi cuma RETAK ajer, Ada gak yg dah terbenam hatinya, tertimbus hati mmg tak boleh di gali lagi. Ha nak aku bagi contoh lagi ke fren. Kalau setakat anak sorang dua tu boleh tahan lagi la, yg pompuan boleh jaga, tapi kalau dh beranak lima ke enam ke tujuh ke lapan ke cemana, nak belah gak ke hati tu...atau patut dicantumkan semula...so fikir sendiri ye??? Tetiba macam Emo lak aku nie... Kita buat rumusan sendiri lah ye, Semua manusia buat silap, belajarlah melalui kesilapan lalu kalau betul-betul kita nak berubah. Kalau kita dah betul-betul berusaha untuk mengubah segala hidup kita tapi masih tak berubah gak, Akhirnya cuma ALLAH punya jawabnya ye..kerana sesungguhnya dia lebih mengetahui...
Mcm aku ni pun dh memacam anak panah, onak, duri, sembilu tah apa ke senjata tajam nk aku kaitkan ngan diri aku yg melanda hidup. ko tahu kan, aku nie cemana, aku redha jer...Ko pun tahu kan aku penah menjadi suri pada satu ketika dulu...tapi kalau yg ESA kata full stop, full stop je la. Dah tu je la nak sembang..... ada aku tertinggal apa-apa lagi tak? hmmm.... 
Tag/Label :
sampai bila..
Dipostkan @ 11:41 AM
| 2
Komen
|
Report Abuse
|
|
Tuesday, December 9, 2008
Entry untuk Hari ini...
Walaupun dh terlewat, tapi aku still nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Dzahir dan Batin kat semua yg kenal aku, yg tak kenal pun aku nak nyibuk ucapkan gak Selamat Hari Raya Aidil Adha ye kengkawan . Kot ada yg tersentap ngan aku ke apa ke..Maaf lah ye. Aku nie manusia biasa, tapi aku tahu awak, awak, awak pun manusia biasakan jadi tak yah lah nk merajuk lelama ngan aku. Kata nak berkawan dan mencari kawan kan, tapi bila janji tak tertunai terus senyap sunyi, sepi mencengkam diri, keras nya hati kerana text tidak di balasi (wah ada ke dlm kamus "balasi" tu) . Hujan lebat lately nie, tu yang penyebab janji dimungkiri Sori lah ye, asik buat salah jer aku nie.... tapi aku rasa mcm aku tak salah...tapi aku ngaku salah jer la... so renung-renungkan lah... Aku bosan sebenarnya, dtg keje hari nie ramai nya warga tua dan muda amek cuti tu la pasal salah sendiri, cuti di awal tahun tak sedar diri dah hujung2 tahun orang cuti kita tak cuti.. Dari cuti tahun 24 hari, balance cuma tinggal 2 hari aje dan akan luput pada 30 ~ 31 Dec 2008...HooRay. Aku nak abiskan cuti aku pada tarikh tersebut. Plan nak gi s/where tapi kalau ada yg sudi menemani, aku pergi la...kalau tak de...aku habis kan cuti tu stay kat sini jer la... mcm tak best la pulak nak main paksa-paksa orang suruh ikut kita gi bercuti ek... (it's not gud kay..) Dengarkanlah permintaan hati, Dan berikanlah arti pada hidupku Yang terhempas yang terlepas......  
macam kemetot sangat aku nie ek....hahahahaha
Tag/Label :
maaf ye...
Dipostkan @ 02:30 PM
| 3
Komen
|
Report Abuse
|
|
|